1.Semua orang ada jodah dan pasangan yang menanti, malah tidak jauh dari kita. Jarang orang menemui
yang berada jauh darinya.
2.Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang bersungguh-sungguh dan disertai
dengan tawakal. InsyaAllah, pasti dapat hasilnya.
3.Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga
bertemu jodoh yang di tetapkan.
4.Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda menjadi magnet yang bakal menarik pasangan
anda.
5.Daya tarikan yang sebenar datangnya dari hati yang murni. Berusahalah untuk membersihkan hati dari
perkara negatif.
6.Agar memudahakan urusan mencari jodoh, bersihlah hati dengan melakukan perkara yang baik seperti
melakukan perintah Allah dan meninggalkan yang di larang.
7.Sayangi orang yang berada di sekeliling anda. Jika kita membenci orang, ianya akan memberi impak
yang kurang baik kepada bakal jodoh anda.
8.Orang yang mencari pasangan harus bersedia untuk berjumpa dengan bakal pasangannya. Maka,
haruslah kita berketerampilan baik kerana ianya memberi tanggapan kepada bakal pasangan.
9.Untuk lelaki tarikan utamanya adalah tubuh badan dan penampilan. Untuk perempuan pula, tarikkannya
adalah bentuk badan dan rupa.
10.Buka hati dan minda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik tidak kira masa.
11.Cinta datang dari mata lalu turun ke hati. Hubungan mata cara memandang bakal pasangan dengan
penuh kasih sayang.
No comments:
Post a Comment