Create text online
Pink Transparent Star

Wednesday, January 19, 2011

24 Ciri-ciri Insan Yang Mencintai Kita

Setiap masa dan ketika, diri ini akan ditemani oleh seseorang yang menyayangimu. Tanpa kita sedari, mereka memerhati kita tanpa mengerlipkan mata bagi mengelakkan diri dari kehilangan diri ini. Siapakah yang mencintai anda dan bagaimanakah ciri-cirinya:

1.Orang yang mencintai kita tidak pernah memberi alasan kenapa dirinya mencintai kita. Yang diketahunya
   adalah diri kita sentiasa di hatinya.
2.Walaupun kita memiliki teman istimewa mahupun kekasih, mereka tetap enggan berganjak dari sisi 
   anda kerana bagi dirinya, diri anda merupakan insan yang teristimewa dan tetap menjadi impiannya.
3.Orang yang mencintai kita akan menerima kita apa adanya, di hati dan matanya diri kita terlalu indah. 
   Walaupun kita memiliki rupa yang kurang sempurna.
4.Insan yang mencintai kita selalu ingin tahu apa yang dilakukan kita sepanjang hari, dan mengetahui kegiatan
   kita sepanjang hari.
5.Insan yang mencintai kita akan menghantar SMS seperti "Selamat Pagi", "Selamat Malam","Miss You So
   Much" dan sebagainya, kerana melalui SMS seperti itu mereka dapat meluahkan isi hati mereka.
6.Di hari lahir kita, kita semestinya menyambutnya bersama rakan-rakan dan tidak menjemput insan yang 
   mencintai kita, pasti dirinya akan menghantar SMS atau menelefon kita untuk mengucapkan selamat.
7.Insan yang mencintai kita akan selalu mengingatkan pengalamannya bersama kita, walaupun kita tidak
   mengingatinya, kerana baginya saat itu begitu istimewa. Pastinya bila dirinya menceritakan saat bahagia itu
   pasti matanya berkaca.
8.Insan yang mencintai pasti mengingati apa yang selalu kita katakan kepadanya. Mesti pun ucapan yang kita
   luahkan itu menguriskan hatinya. Meskipun kita tidak mengingatinya.
9.Insan yang mencintai kita akan belajar untuk meminati lagu kegemaran kita dan menerimanya walaupun
   terpaksa.
10.Pada saat terakhir bertemu, ketika kita demam, pasti dirinya akan menghantar SMS untuk mengetahui
     keadaan anda.
11.Ketika menghadapi ujian pastinya insan tersebut akan menanyakan bila ujian tersebut diadakan dan
     menghantarkan SMS "Good Luck" untuk kita untuk memberikan semangat kepada kita.
12.Insan yang mencintai kita pasti akan memberikan kita barang yang bergitu bermakna dalam hidupnya
     kepada kita, walaupun ianya kita anggap biasa sahaja.
13.Insan yang mencintai kita akan diam sesaat ketika bertelefon dengan kita, kerana kita telah
     menyebabkan dirinya gugup dan menggegarkan dunianya.
14.Insan yang mencintai kita selalu ingin berada di sisi kita selamanya dan sehingga bila-bila.
15.Jika kita berpindah di tempat yang lain, pastinya dirinya akan berpesan kepada kita supaya berhati-hati
     kerana kita berada di tempat lain.
16.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kita namun membiarkan kita pergi, bak kata pepatah "jauh
     dimata dekat dihati".
17.Insan yang mencintai kita akan bertindak lebih daripada saudara iaitu kekasih.
18.Insan yang mencintai kita akan membuat perkara yang gila-gila seperti menelefon kita sebanyak 100 kali
     dan tiba-tiba menghantar mesej kepada kita pada larut malam.Sebenarnya ketika itu dirinya memikirkan
     kita.
19.Insan yang mencintai kita kadang-kadang merindui kita dan melakukan perkara yang membuatkan kita
     pening kepala.
20.Jikalau kita meminta dirinya mengajar kita sesuatu dengan sabarnya dirinya akan mengajar kita walaupun
     insan yang kurang pintar.
21.Jikalau kita melihat di telefon bimbitnya, pasti kita akan melihat nama kita yang akan diutamanya,
     malah mesej yang bertahun-tahun masih di simpannya.
22.Jika kita cuba untuk menjauhkan diri daripadanya pasti insan tersebut merasa dan menjauhkan dirinya
     daripada kita walaupun terpaksa. Insan tersebut tidak akan menunjukkan dirinya kesedihan.
23.Jika pada suatu saat yang tertentu kita merinduinya, dan kita masih mengharapkan insan tersebut, pastinya
     insan tersebut menerima kita kerana dirinya tidak akan mencari penganti kita.
24.Insan yang mencintai kita tidak akan memaksa kita untuk menyatakan alasan mengapa kita masih
     dan ingin bersama dengannya.

No comments:

Post a Comment