Create text online
Pink Transparent Star

Friday, March 11, 2011

Warkah Buat Yang Tercinta

Maaf kiranya warkah tak diundang ini mencetus kemarahan dirimu duhai cinta. Tidak berniat dihati ini melukakan hatimu untuk kedua kali. Aku sedarlah siapa lah diriku ini untuk menagih kasihmu namun kedatangan warkah yang tidak diundang ini bukan untuk menagih kasihmu apatah lagi untuk meretakkan mahligaimu bersama insan yang kini menjadi tunangmu dan bakal menjadi permaisuri mahligai indah impian kita dahulunya tapi kini hanya tinggal kenangan. Tahniahku ucapkan untuk pertunanganmu bersama Marsha.
  Sayang, mungkin kau tak pernah faham isi hati ini ataupun kua pura-pura tak tahu kerana aku tak layak bergandingan denganmu. Sesungguhnya aku sangat menyintaimu dan cintaku tak mampu diungkap dengan kata-kata. Aku ikhlas untuk mencintaimu dan bukan kerana dendam kita. Namun ianya sudah terlambat untuk kau mendengar penjelasanku ini.
  Sayang, aku masih ingat lagi kenangan kita bersama dahulu. Adakah kau masih ingat kenangan itu atau kau telah lama membuangnya dari hatimu dan begitu juga diriku yang kau campakkan dari kamus hidupmu.

No comments:

Post a Comment